Sunday, June 28, 2009

Hukum azan bayi baru lahir







Mengazankan bayi yang baru lahir antara perkara yang sunnah dilakukan.






Ia bukan wajib,



sebaliknya sunat.



Justeru, meninggalkannya bukan berdosa dan tidak perlu ditebus.



Sunnah yang dituntut ialah mengazankan bayi sebaik saja dilahirkan.



Ini supaya anak yang masih suci itu mendengar ucapan terbaik sebagai kalimah pertama yang didengarnya sebaik sampai ke dunia.



Harapan ibu bapa apabila anak ini mendengar takbir ini dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah bila dewasa nanti dan dipelihara daripada gangguan syaitan.



Tidak perlu lagi diazankan selepas beberapa bulan dilahirkan.

Keliru istilah samak






Hukum menetapkan dalam isu najis berat seperti menyentuh anjing misalnya, jika salah satunya basah, wajib samak.



Samak dalam istilah agama dan fekah ialah samak di tempat yang terkena najis mughallazah saja.


Cara samak iaitu basuh satu kali dengan air bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip). Inilah istilah samak daripada syarak dan agama bila membabitkan penyucian anggota manusia yang terkena najis berat.Membersihkan atau yang saudara namakan “samak” kulit binatang atau bulu binatang dan bukan manusia adalah perkara berbeza dengan maksud samak, yakni menyucikan anggota manusia. Ia mesti dirujuk pada pakar bahagian membersihkan kulit binatang.
*so, sal ne aq bkn stakat blaja secara teori, malah aku da tgk kwn wat praktikal utk samak ne coz msa kat shoppin complex dye da tpegang kasut yg made dr kulit khinzir..*

--> kesian tgk dye tpaksa cr tanah nk samak..

Wanita haid ke masjid







BOLEHKAH wanita yang datang haid memasuki masjid bagi acara perkahwinan?


BAGI wanita yang datang haid dan masuk dalam masjid untuk majlis akad nikah, ia dibenarkan secara rukhsah (kelonggaran) jika dapat menjamin kebersihan masjid.


Ada hadis melarang wanita dalam haid berada di dalam masjid bagi menjaga kesucian masjid.

Bagaimanapun, ada rukhsah (kelonggaran) untuk tujuan melintasinya.Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah pula kamu (hampiri masjid) dalam keadaan junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas saja - hingga kamu bersuci... (al-Nisa' 4: 43)

Dalam keadaan lain pula, ada hadis memberikan kelonggaran kepada wanita apabila dia dapat memastikan kesucian masjid (Sabiq, 2000: I, 48).
artikel harian metro

Boleh mandi hadas guna air pemanas







Bolehkah orang Islam mandi hadas menggunakan air daripada pemanas, baldi atau air pancut..???


Mengenai mandi hadas besar,

anda boleh mandi, mengangkat atau menghilangkan hadas besar menggunakan air panas, baldi atau air pancut, asalkan air disampaikan seluruh anggota badan termasuk bulu dan celah lipatan badan. Mandi hendaklah dimulakan dengan niat untuk mengangkat hadas besar dan dihilangkan segala najis di badan sekiranya ada.

ujian ukur tahap takwa

HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas.

Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."

Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya.

Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

dr petikan harian metro



-->itulah lumrah dunia..
-->yg xpnah surut dgn ujian dr Allah..
-->p perlu d ingat kn bhwa Allah xakan menurunkn sesuatu ujian yg d luar kemampuan manusia itu sendiri..

warna warni kota samarahan







































kota samarahan..

-->merupakan sebuah bandar yg meningkat maju seiring dgn bandaraya kuching.

-->byk perubahan yg da blaku..perubahan yg menyumbang ke arah pembangunan penduduk laa.
-->aku sdiri kagum dgn apa yg ada d kota samarahan skang tok..dgn adanya institusi pengajian tinggi spt UNIMAS, UITM, INSTITUT PERGURUAN TUN ABDUL RAZAK...

SELAMAT DATANG MAHASISWA..!!!


SELAMAT datang pelajar baru sesi 2009/2010 yang mendaftar di sebahagian 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, semalam..

Bagi sesi 2009/2010, sejumlah 40,366 tempat institusi pengajian tinggi (IPT) ditawarkan kepada calon yang layak.

Jumlah itu adalah 83.9 peratus daripada keseluruhan calon yang mencapai kelayakan minimum iaitu nilai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas serta memenuhi syarat am permohonan kemasukan IPTA.

Walaupun pada keseluruhannya pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun ini meningkat, ada sesetengah IPTA yang mengalami penurunan pengambilan pelajar. Di samping itu, daripada jumlah keseluruhan kemasukan, pelajar perempuan mendominasi kemasukan ke IPTA seperti tahun sebelumnya, apabila menguasai 65 peratus atau 26,200 tempat yang ditawarkan.

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, menurut sumber daripada Jabatan Komunikasi Korporatnya, pengambilan pelajar baru tahun ini meningkat iaitu sebanyak 34,137 tempat ditawarkan bagi memenuhi kekosongan di 14 kampus cawangan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,783 tempat pengajian ke peringkat diploma dan 14,684 tempat bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kampus UiTM di Shah Alam saja akan mengendalikan 3,303 tempat pengajian peringkat diploma/asasi dan 10,850 tempat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Selain program diploma, UiTM juga menawarkan program Asasi Sains, Kejuruteraan, TESL dan Undang-undang.

Dengan program itu, pelajar berpeluang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan selepas menamatkan pengajian.Sejumlah 24 fakulti di bawah naungan UiTM termasuk fakulti berasaskan Sains dan Teknologi iaitu Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Seni Bina Perancangan dan Ukur, Sains Sukan dan Rekreasi, Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan, Farmasi dan Kejuruteraan Awam, Elektrik serta Kimia dan Mekanikal.Fakulti berasaskan Sains Sosial dan Kemanusiaan terdiri daripada Undang-undang, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Komunikasi dan Pengajian Media, Seni Lukis dan Seni Reka, Pendidikan, Teknologi Kreatif dan Artistik serta Muzik.F
akulti berdasarkan Pengurusan dan Perniagaan pula adalah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Teknologi Pejabat dan satu pusat akademik dikendalikan sebagai Akademi Pengajian Bahasa.

Selain UiTM, universiti lain yang meningkatkan pengambilan pelajar baru ialah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

--> petikan dr harian metro

GEJALA PONTENG


Gejala ponteng...

sapa yg ptut d persalahkan...???

gejala krg sihat ini semakin berleluasa dlm kalangan pelajar2 sekolah..

kita seringkali d dedahkan dgn masalah ini...

malah mereka yg tdiri dpd pelajar sekolah ini berterusan ponteng ke sekolah tanpa memikirkan akibatnya...huh..sungguh menyedihkan apabila anak bangsa kta berkelakuan sebegitu rupa..harapan yg d sandarkan kpd anak2 hanya tinggal impian..seringkali mereka yg melakukan gejala ponteng ini berada d shopping complex, taman permainan, kolam renang, cyber cafe n so on..

apakah tindakan yg wajar d lakukan kpd mereka ini..?? syg sekali meyaksikan muda mudi kita hanyut dgn arus kemodenan yg mampu mbinasakan mereka...akhir2 ini kita sering d sajikan dgn berita gejala ponteng dlm kalangan pelajar...


TELUK INTAN: “Sila ambil gambar kami bang! Siarlah dalam surat khabar...kami tak takut. Lagipun, kami nak berhenti sekolah,” itu antara kata-kata beberapa pelajar sekolah yang ponteng di lokasi tersembunyi sekitar pekan Sungai Manik, dekat sini.Sekumpulan lima hingga enam pelajar terbabit turut melambaikan tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebelum menunggang basikal meninggalkan lokasi persembunyian di sebuah ladang kelapa sawit selepas menukar pakaian sekolah.

Lebih mengecewakan, apabila aduan dibuat kepada ibu bapa, mereka membela anak masing-masing dan tidak mempercayai perbuatan itu dilakukan anak mereka.“Ada ibu bapa mengatakan anak mereka ke sekolah dan pulang selepas waktu sekolah, tetapi tidak sedar mereka ditipu,” katanya

Filem, drama seram dikhuatiri pesong akidah









PROMOSI pameran hantu secara besar-besaran di sebuah muzium tempatan pernah mendapat liputan luas media tahun lalu apabila ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Khuatir menjejaskan akidah, teguran itu tepat pada masanya supaya masyarakat Islam tidak keliru atau terpengaruh dengan kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Penganjur akhirnya akur dengan tekanan, lalu menukar sebahagian program asal yang diatur. Namun, unsur khurafat, mistik dan tahyul masih berlanjutan sehingga kini. Doktrin tidak sihat itu masih giat dipertontonkan menerusi slot drama tempatan dan filem tanah air. Pelbagai watak dan jenis makhluk hantu diketengahkan dengan memiliki kuasa tertentu yang boleh memberi mudarat.



Peranan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), boleh diperluaskan dalam proses kelulusan kandungan cerita dalam drama atau filem seperti di Lembaga Penapisan Filem, penentuan dasar penyiaran serta lebih penting, tidak terhad dalam skop yang sudah digariskan sebelum ini.



Syarikat produksi dan penerbit drama Muslim harus sedar mengenai sensitiviti akidah. Proses semakan fakta agama dilihat mampu membendung penyebaran doktrin yang bercanggah dengan akidah dalam produk mereka. Mungkin kita boleh tanya kepada produser seperti David Teo, bagaimana timbul idea beliau untuk menerbitkan filem Syukur 21 pada 2000. Filem bergenre Islam dengan elemen futuristik dihasilkan oleh beliau dan bukan diterbitkan produser Muslim.



-->Justeru, ini menjadi cabaran kepada produksi Muslim tempatan untuk berani menghasilkan lebih banyak karya Islam berkualiti.
petikan dr berita harian on9

Solar hibrid bekal elektrik 24 jam di pedalaman







KUCHING: Satu sistem solar hibrid yang mesra alam dan menggunakan teknologi hijau terkini dari Jerman, akan digunakan di kawasan penempatan penduduk di pesisiran dan pedalaman Sarawak bagi memastikan kawasan terbabit mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, berkata sistem itu akan dipasang di kawasan yang tidak dapat dihubungi grid utama bekalan elektrik sedia ada. Bagaimana pun katanya, kawasan penempatan terbabit masih boleh dikunjungi menerusi jalan sungai atau darat, namun terpaksa mengambil masa yang panjang.

"Pelaksanaan projek itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebelum itu, satu kajian lengkap bagi mengenal pasti sama ada sistem itu berdaya saing atau sebaliknya perlu dijalankan.

"Kajian lengkap yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini perlu ekoran kegagalan sistem yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Carbon Capital Corporation (CCC) Sdn Bhd bagi membina sistem solar hibrid di Sarawak, di sini, semalam.

Pelajar UITM usah gadai Masa Depan





Perdana Menteri turut menasihatkan penuntut supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.

"Anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat... apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan," katanya kepada lebih 30 penuntut UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafeteria kolej itu.

Najib turut menasihatkan mahasiswa tidak menggadaikan masa depan dan terpedaya dengan dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM adalah aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Seorang penuntut turut bertanya kepada Perdana Menteri bilakah UiTM bakal memiliki hospital universiti sendiri bagi tujuan amali kerana sekarang ini mereka menggunakan Hospital Sungai Buloh. Menjawab soalan itu, Najib berkata, kerajaan menyedari kebaikan UiTM untuk memiliki hospital universiti sendiri, tetapi kerajaan belum mempunyai peruntukan. – Bernama

Thursday, June 25, 2009

my BesDay

25 JUN 1989...

meRupakn tarikH keraMat


d mana Aku d laHir Kn D dunIa ne...

n d Berikn nama "SETIMAH BT HASHIM"


aku meRupakan Anak kepada pasaNgan HAshim bin Los n Siti bt Hj Zainal...


25 Jun 2009

-->ari ne bos bg aku cuti..aku pon xtau npe..xkn dye tau kot ari ne bday aku..he3


-->p aku tma dgn ati tbuka...aku pon kuar ngn my kazen which is fizah ari ne...

-->ktorg celebrate kt kch je...xde pe yg interestin juz today umo aku da genap 20 taun..huhu..da tua laa..

-->aku mmg hepi gler2 ari ne coz ramai mmbe aku wish kn...xsgka la plak diorg xlupe..tharu laa.. nk tau pe diorg wish..??


-->da wish<--


1st-->salam..hapy burfday..u r 20..smga pjg umo n mrh rezeki..from eza
2nd --> salam ima, slmt ari jadi, moga d panjangkn umo n d murahkn rezeki. Azhar harap, ima sentiasa gembira d samping kuarga tsayang..from azhar mohd
3rd--> Selamat hari lahir sahabatku..semoga sentiasa d permudahkn segala urusan dunia n akhirat serta mudah kn la rezekinya..from faiq fiqri
-->hepi bday=)
semoga d murahkn rezeki n bjaya dlm hidup..
jadi kn kenangan silam mu sbgai pendorong utk bjaya..
setiap kjadian pasti ada hikmahnya..
hepi sweet 20...from luvly kazen which is nurhafizah
-->SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA D PANJANGKN UMUR, D MURAH KN REZEKI n IMA DPT APA YG IMA HAJATI SELAMA INI..from my ex saifullah abd aziz
-->sy wish kt ima slamat hr lahir yg ke..?? semoga d pjgkn usia n d murah kn rezeki serta bjaya dlm ape yg ima impikan dlm hdup ima...from sham
-->salam..slamat hari jadi semoga pjg umur..dan dimurahkn rezeki..semoga gembira slalu..jg dr k..from abu
-->akum sygg..i want 2 wish u hepi birthday..moga umur pjg..murah rezeki n dah ada jodoh lekas2 kahwin k..sowi if im late 2 wish ur bday ima..plz apologise me..from adi
-->happy birthday smoga d pjg kn umur n dimurahkn rezeki wt slamanye..berkat ksabaran apa yg blaku slama ne mjadi tauladan smga ktk btemu ngan org yg btl2 ikhlas n jujur pda ktk kelak, HAPY BIRTHDAY y ke 2o taun..from akma
-->sori2 syg..kmk ttdo awl mlm td, hapy birthday ima! smoga pjg umo n d murah kn rezeki owh. kmk doakan agar ktk temu jodoh yg bnar2 bgs utk ktk..amin..from haslan hassan
-->selamat hari jadi..smga d pjgkn umur n d murah kn rezeki n cpt2 mdpt jodoh..from khairuliwan
-->salam..o..nyo hepi besday, pjg umo n d murah kn rezeki n owez hepi.he2..from montel
-->selamat hari jadi, moga pjg umur n d murah kn rezeki...from juul
-->silence doesnt mean im gone..
quiet doesnt mean i dun care
coz deep in myheart dats where u are..
im always here, wishing da best for u..
hepy belated bday. sweet 20. sorry l8..from hakimah haimi
-->hapy belated bday, mah moga next sem result meletop!
slamat bcuti,,kmk gk kat miri tk..from jack
--> happy birthday sorie lh ku brk ingat..hope kau d murah kn rezeki.. n hari2 kau pnuh dgn kgembiraan k..boh slalu sedih glak..kelak merana jd nya klak.he3..from shima
-->hepi belated besday..from abg mie
-->xlupa jwak ngn wish from piee, nurul, mamat, helmi, hafsah..n seangkatan dhn cdak...tens all..i rili tharu bangat2..!!



-->so azam aku utk besday ari ne...

- hope aku sukses slalu...


- smga Allah merahmati sgala tindakan ku..


-aku nk bdiri kembali even aku byk kali da jatuh..tluka..

-aku nk buktikn aku gak ble bjaya cm org lain...