Sunday, June 28, 2009

SELAMAT DATANG MAHASISWA..!!!


SELAMAT datang pelajar baru sesi 2009/2010 yang mendaftar di sebahagian 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, semalam..

Bagi sesi 2009/2010, sejumlah 40,366 tempat institusi pengajian tinggi (IPT) ditawarkan kepada calon yang layak.

Jumlah itu adalah 83.9 peratus daripada keseluruhan calon yang mencapai kelayakan minimum iaitu nilai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas serta memenuhi syarat am permohonan kemasukan IPTA.

Walaupun pada keseluruhannya pengambilan pelajar baru untuk sesi tahun ini meningkat, ada sesetengah IPTA yang mengalami penurunan pengambilan pelajar. Di samping itu, daripada jumlah keseluruhan kemasukan, pelajar perempuan mendominasi kemasukan ke IPTA seperti tahun sebelumnya, apabila menguasai 65 peratus atau 26,200 tempat yang ditawarkan.

Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, menurut sumber daripada Jabatan Komunikasi Korporatnya, pengambilan pelajar baru tahun ini meningkat iaitu sebanyak 34,137 tempat ditawarkan bagi memenuhi kekosongan di 14 kampus cawangan seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,783 tempat pengajian ke peringkat diploma dan 14,684 tempat bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kampus UiTM di Shah Alam saja akan mengendalikan 3,303 tempat pengajian peringkat diploma/asasi dan 10,850 tempat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Selain program diploma, UiTM juga menawarkan program Asasi Sains, Kejuruteraan, TESL dan Undang-undang.

Dengan program itu, pelajar berpeluang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan selepas menamatkan pengajian.Sejumlah 24 fakulti di bawah naungan UiTM termasuk fakulti berasaskan Sains dan Teknologi iaitu Sains Gunaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Seni Bina Perancangan dan Ukur, Sains Sukan dan Rekreasi, Perubatan, Pergigian, Sains Kesihatan, Farmasi dan Kejuruteraan Awam, Elektrik serta Kimia dan Mekanikal.Fakulti berasaskan Sains Sosial dan Kemanusiaan terdiri daripada Undang-undang, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Komunikasi dan Pengajian Media, Seni Lukis dan Seni Reka, Pendidikan, Teknologi Kreatif dan Artistik serta Muzik.F
akulti berdasarkan Pengurusan dan Perniagaan pula adalah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Teknologi Pejabat dan satu pusat akademik dikendalikan sebagai Akademi Pengajian Bahasa.

Selain UiTM, universiti lain yang meningkatkan pengambilan pelajar baru ialah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

--> petikan dr harian metro

No comments:

Post a Comment