Thursday, November 24, 2011

~Reason Why~


JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA

-> Orang yg mencintai kamu xpernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yg dia tahu di hati & matanya hanya ada kamu satu-satunya.
-> Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia xpeduli! Baginya yg penting kamu bahagia & kamu tetap menjadi impiannya.
-> Orang yg mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati & matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah
-> Orang yg mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti Selamat Pagi,Selamat Hari Minggu, Selamat Tidur, Take Care etc lagi, walaupun kamu xmembalas SMS-nya, kerana dgn kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dlm cara yg berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
-> Orang yg mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yg dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yg berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu xbisa berulang selalu.
-> Orang yg mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yg kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
-> Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
-> Orang yg mencintai kamu sering melakukan hal-hal yg SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
-> Orang yg mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yg membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf & xakan melakukannya lagi.
-> Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
-> Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
-> Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya & menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
-> Jika suatu saat kamu merindukannya & ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia xpernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
-> Orang yg begitu mencintaimu, xpernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

artikel Informasi.My

p/s : Memikirkan dirinya. Mcm ada persamaan, seperti apa yg aku rasa & alami. Even kini, kamu sudah b’gelar suami org. kamu3, masih mampu m’hiasi & memenuhi di kotak ingatan. Aku tetap di sini, menunggu moga ada keajaiban yg berlaku antara kita. Mungkin ini salah, jika suatu masa kamu merindukan aku & ingin memberi aku kesempatan. Aku akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya aku masih xmampu mencari org lain. InsyaAllah~

~ Im still ur PINOKIO. Miss u so muchmuchmuch PEDANG ALLAH from bottom of myheart~ *dulu, sekarang & selamanya*

Wednesday, November 9, 2011

duhai insan kenangan~

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya~