Sunday, June 28, 2009

Solar hibrid bekal elektrik 24 jam di pedalaman







KUCHING: Satu sistem solar hibrid yang mesra alam dan menggunakan teknologi hijau terkini dari Jerman, akan digunakan di kawasan penempatan penduduk di pesisiran dan pedalaman Sarawak bagi memastikan kawasan terbabit mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, berkata sistem itu akan dipasang di kawasan yang tidak dapat dihubungi grid utama bekalan elektrik sedia ada. Bagaimana pun katanya, kawasan penempatan terbabit masih boleh dikunjungi menerusi jalan sungai atau darat, namun terpaksa mengambil masa yang panjang.

"Pelaksanaan projek itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebelum itu, satu kajian lengkap bagi mengenal pasti sama ada sistem itu berdaya saing atau sebaliknya perlu dijalankan.

"Kajian lengkap yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini perlu ekoran kegagalan sistem yang dilaksanakan sebelum ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Kemudahan Awam Sarawak dan Carbon Capital Corporation (CCC) Sdn Bhd bagi membina sistem solar hibrid di Sarawak, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment