Sunday, June 28, 2009

Pelajar UITM usah gadai Masa Depan





Perdana Menteri turut menasihatkan penuntut supaya membina kebolehan menguruskan pengetahuan yang mereka peroleh.

"Anda seharusnya mengetahui bagaimana mengurus pengetahuan dan untuk melakukannya, anda mesti mempunyai disiplin dan keupayaan untuk mensintesis maklumat... apa yang boleh dipercayai dan apa yang perlu diketepikan," katanya kepada lebih 30 penuntut UiTM yang meluangkan masa bersama beliau minum sambil bertukar-tukar pandangan di kafeteria kolej itu.

Najib turut menasihatkan mahasiswa tidak menggadaikan masa depan dan terpedaya dengan dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM adalah aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Seorang penuntut turut bertanya kepada Perdana Menteri bilakah UiTM bakal memiliki hospital universiti sendiri bagi tujuan amali kerana sekarang ini mereka menggunakan Hospital Sungai Buloh. Menjawab soalan itu, Najib berkata, kerajaan menyedari kebaikan UiTM untuk memiliki hospital universiti sendiri, tetapi kerajaan belum mempunyai peruntukan. – Bernama

No comments:

Post a Comment