Sunday, June 28, 2009

Filem, drama seram dikhuatiri pesong akidah









PROMOSI pameran hantu secara besar-besaran di sebuah muzium tempatan pernah mendapat liputan luas media tahun lalu apabila ditegur secara lantang oleh tokoh agama, antaranya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.


Khuatir menjejaskan akidah, teguran itu tepat pada masanya supaya masyarakat Islam tidak keliru atau terpengaruh dengan kepercayaan khurafat, tahyul dan syirik. Penganjur akhirnya akur dengan tekanan, lalu menukar sebahagian program asal yang diatur. Namun, unsur khurafat, mistik dan tahyul masih berlanjutan sehingga kini. Doktrin tidak sihat itu masih giat dipertontonkan menerusi slot drama tempatan dan filem tanah air. Pelbagai watak dan jenis makhluk hantu diketengahkan dengan memiliki kuasa tertentu yang boleh memberi mudarat.



Peranan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), boleh diperluaskan dalam proses kelulusan kandungan cerita dalam drama atau filem seperti di Lembaga Penapisan Filem, penentuan dasar penyiaran serta lebih penting, tidak terhad dalam skop yang sudah digariskan sebelum ini.



Syarikat produksi dan penerbit drama Muslim harus sedar mengenai sensitiviti akidah. Proses semakan fakta agama dilihat mampu membendung penyebaran doktrin yang bercanggah dengan akidah dalam produk mereka. Mungkin kita boleh tanya kepada produser seperti David Teo, bagaimana timbul idea beliau untuk menerbitkan filem Syukur 21 pada 2000. Filem bergenre Islam dengan elemen futuristik dihasilkan oleh beliau dan bukan diterbitkan produser Muslim.



-->Justeru, ini menjadi cabaran kepada produksi Muslim tempatan untuk berani menghasilkan lebih banyak karya Islam berkualiti.
petikan dr berita harian on9

No comments:

Post a Comment