Tuesday, March 17, 2009

PoLiTiK...

POlitik..? erm satu topik yang cukup menarik untuk dibincangkan.Kalau xcaye korang leh rujuk news yang latest la..Baru- baru ini isu politik semakin hangat diperkatakan di kalangan rakyat Malaysia. Ianya tersebar meluas ibarat virus ataupun penyakit tanpa kita semua sedari tau...ini tidak dapat dinafikan dengan adanya kemudahan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa, tumbuhnya ibarat cebdawan selepas hujan.

Namun demikian, apa yang dikesalkan ialah isu yang tersebar ini bukanlah sesuatu yang positif untuk pembangunan Negara kita iaitu Malaysia. Kita sedia maklum bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Dengan pelbagai kaum yang ada itu telah menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju setanding negara luar seperti Jepun, Amerika and so on…duduk sama rendah berdiri sama tinggi..

Namun yang demikian pergolakan politik sesama mereka masih juga berlaku..nape ek..? tepuk kepala tanyalah minda..renung2kan kata Dr Hot fm..Apalah salahnya jika ahli-ahli politik itu sendiri bergabung tenaga..minda.. untuk menerajui negara ne, walaupun xsama parti..BN….PKR..PAS..Kalau itu yang berlaku sudah tentu negara kita aman dari sebarang pergolakan politik..erm..baru2 ne kita sedia maklum kan bahawa ada seorang ahli dewan parlimen dikecualikan untuk menghadiri dewan parlimen selama setahun..dan baru2 ne sy ade menonton sidang parlimen blangsung..sungguh menyedihkan skali...apabila ada yb padang serai (PKR) menyatakan ketidakpuas hatinya apabila dia tidak dibenarkan untuk masuk ke sarawak..hendak tahu apa yg yb 2 cakap..?? katanya..sarawak 2 byk sgt lanun-lanun...keadaan ne tlh menyebabkan ahli berhormat dr sarawak tampil utk mjelaskn ketidakpuas hati yb itu...hah..tgk..apa yang sebenarnya nak ditunjukkan kepada rakyat amnya..?? rasuah dalam politik turut berlaku..Mengapa kelakuan yang sebegitu yang ditunjukkan kepada rakyat..??? bagaimana kita sebagai rakyat hendak mempercayai mereka untuk menerajui negara.apatah lagi hendak dijadikan teladan..jauh panggang dari api..cakap xserupa bikin!!

Sedarkah mereka tanggungjawab mentadbir negara itu sungguh besar..?? Banyak benda yang nak diurus,,ditabdir..Jangan jadikan kuasa politik sebagai medium untuk mencapai kepentingan masing-masing..Walaupun skang ne itu yang kita nampak…Berkempen bukan main rak lagi..sanggup berhabis duit untuk memancing undi rakyat..sanggup turun padang mencemar duli la kononnya..janji itu..janji ini..bila dah jadi YB..janji ntah ke mana!! Semangat nak memperjuangkan lesap bagai angin lalu…sungguh memilukan..meruntun hati..menyayat hati kita sebagai rakyat yang mengharapkan perlindungan..

Skang ne pun politik banyak campur tangan dalam apa jua bidang..bagaimana ini boleh berlaku saya pun xtau..bila politik sudah keluar dari kuasa atau landasan yang sepatutnya jadi lah huru-hara dalam negara.Contohnya bila politik campurtangan dalam pelajaran..susah rakyatnya. Mana tidaknya bukan dalam bidang pengkhususan kan..Tapi fenomena ini lah semakin meluas berlaku di Malaysia.mana silapnya kita pun xtau..kami ne sebagai rakyat hanya mampu melihat dari jauh..
Saya sebagai rakyat Malaysia sentiasa mengharapkan fenomena ini boleh dibendung..Pergolakan politik ne hanya merugikan kita sendiri sahaja..Tanpa kita sedari kita memperlihatkan kepada dunia bagaimana rupanya pentadbiran di Malaysia itu yang sebenarnya..Sedangkan yang dikhabarkan,,di war-warkan di media elektronik semuanya indah-indah belaka..sedap telinga mendegar..Jangan sampai pihak luar mengambil kesempatan ke atas negara Malaysia amnya apabila perpecahan politik semakin berleluasa...Akhir kata dari saya “berubahlah politik untuk rakyat”…renunr-renungkan dan selamt berfikir ye suma..Salam perpaduan

No comments:

Post a Comment